Kempen Daftar Pengundi...

Berita Semasa/بريتا سماس


Madrasah Tahiz

Terkini d-Facebook

Aneka Iklan/انيك اكلان

Penghuni Taman Perumahan Kecewa


Taman Perumahan di Bandar Putra, Segamat melahirkan rasa kecewa kerana kegagalan agensi yang mengangkat sampah mengambil sambah di taman perumahan tersebut. Menurut salah seorang penghuni taman berkenaan yang enggan menyatakan namanya mengatakan kebiasaannya sampah akan diambil seminggu tiga kali, namun sejak kebelakangan ini ia hanya akan diambil seminggu hanya sekali berbanding Taman sebelahan yang didiami oleh ADUN kawasan Sekijang YB Ayub.

Agensi yang mengangkat sampah bila ditanya oleh penghuni Taman terbabit menyatakan lori rosak.

"Jika lori rosak, taman yang YB Ayub duduk boleh pula angkat macam biasa" Keluh salah seorang penduduk taman berkenaan.




Baca Selanjutnya...

UMNO Menipu Lagi di Sekijang

Oleh Boyanemn

Sebuah buku Anugerah Desa Cemerlang (ADC) untuk Kampung Melayu Raya Segamat, Johor dalam Parlimen Sekijang telah didapati dimuatkan dengan fakta yang tidak betul. Meneliti kandungan buku Gerakanan Daya Wawasan beberpa fakta sengaja ditinggalkan oleh mereka yang terlibat didalam penerbitan buku Anugerah Desa Cemerlang ini.

Gambar untuk "Aktiviti Keceriaan" dimuatkan gambar rumah ahli UMNO yang sememangnya tidak ditanam dengan pokok hiasan jika ada hanya sekadar tanaman biasa sedangkan didalam kampung Melayu Raya terdapat rumah penduduk yang dipenuhi dengan pokok hiasan yang cantik mata memandang, ini tidak mendapat perhatian dari panel pemilih ADC.

Projek dan Perniagaan yang diusahakan oleh penduduk Kampung Melayu Raya seolah-olah panel ADC sengaja mencicirkan kedai seorang penduduk kampung tersebut yang mana kedai penduduk tersebut adalah yang pertama dan julung-julung kalinya mengadakan perkhidmatan photostat didalam kampung
berkenaan.

Antara anak kampung Melayu Raya yang berjaya Panel pemilih ADC telah memilih 13 orang anak kampung yang dikategorikan sebagai berjaya. Malang sekali apabila panel pemilih ADC memilih Imam 1 Masjid Jamek Bandar Baru Uda sebagai anak kampung yang berjaya sedangkan Munardi bin Muhajir bukan anak kelahiran kampung Melayu Raya.

Terdapat seorang lagi anak kelahiran Kampung Melayu Raya iaitu Ustaz Mohd Rozali Jamil al-hafiz seorang tahfiz quraan 'dicicirkan' oleh panel pemilih ADC. Beliau kini sedang gigih menyiapkan Mahad Tahfiz dan pengajian kitab Thuras di Kampung berkenaan.

Ternyata pemilihan oleh panel ADC adalah dibuat oleh mereka-mereka yang tidak tahu menilai dan dibuat semata-mata untuk mengelirukan masyarakat.







Baca Selanjutnya...












Baca Selanjutnya...

Ceramah Penerangan

Oleh Boyanmen
Sabtu 17 Oktober 2009, PAS Kawasan Sekijang mengadakan siri Ceramah Penerangan untuk seluruh masyarakat yang ingin mendapat maklumat isu-isu semasa. Pas Kawasan Sekijang telah menjemput seorang pemidato yang mampu memukau pendengar.

Tarikh: 17 Oktober 2009
Masa : 7.50 Malam ( SOLAT ISYAK BERJEMAAH )
Tempat : Markaz PAS Kampung Paya Pulai, Segamat, Johor.
Penceramah: Ustaz Zul Hilmei Mohd Rohani ( University Al-Azhar, Fakulti Ususluddin, Jabatan Hadith & Ilmu Hadith)

PAS Kawasan Sekijang mengalu-alukan kehadiran anda.







Baca Selanjutnya...

Video Ucapan Tuan Guru Presiden PAS di Labis











Baca Selanjutnya...

Sumbangan Pembinaan Madrasah Tahfiz Al-quraan


Firman Allah:


مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِئَةُ حَبَّةٍ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ (261) سورة البقرة

261. Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah[166] adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang dia kehendaki. dan Allah Maha luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui.

[166] pengertian menafkahkan harta di jalan Allah meliputi belanja untuk kepentingan jihad, pembangunan perguruan, rumah sakit, usaha penyelidikan ilmiah dan lain-lain.


Manakala menurut Rasulullah S.A.W pula :


عن أبي عبيدة بن الجراح قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: "من أنفق نفقة فاضلة في سبيل الله فبسبعمائة، ومن أنفق على نفسه وأهله، أو عاد مريضا أو مازَ أذى، فالحسنة بعشر أمثالها

Dari Abu Ubaidah bin Jarah telah berkata : Aku mendengar Rasullulah bersabda : sesiapa yang menginfakkan (mendermakan ) hartanya pada jalan Allah maka Allah akan membalasnya dengan tujuh ratus kali ganda di akhirat kelak. Dan sesiapa yang menginfakkan (mendermakan) hartanya untuk dirinya dan ahli keluarganya atau untuk menziarahi orang sakit atau menghilangkan halangan di jalan Maka Allah akan membalas satu kebaikan dengan sepuluh ganjaran diakhirat.(Hadis riwayat imam Ahmad)

عن عمران بن حصين، عن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: "من أرسل بنفقة في سبيل الله، وأقام في بيته فله بكل درهم سبعمائة درهم يوم القيامة ومن غزافي سبيل الله، وأنفق في جهة ذلك فله بكل درهم سبعمائة ألف درهم". ثم تلا هذه الآية: { وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ }

Dari Imran bin Hussin telah bersabda Rasullulah s.a.w : sesiapa yang menghantar derma (infak) pada jalan Allah dan ia duduk di rumah (tidak pergi berjuang) Maka Allah membalas bagi tiap-tiap satu dirham dengan tujuh ratus dirham di hari qiamat . Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah dan juga mendermakan hartanya pada jalan Allah ,Maka Allah akan membalas bagi tiap-tiap satu dirham dengan tujuh ratus ribu dirham pada hari qiamat.Kemudian nabi membaca ayat وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ(Hadis riwayat ibnu majah)


s
Sumbangan ikhlas dari anda amat-amat diperlukan untuk membina sebuah Madrasah Tahfiz di Segamat. Anggaran awal perbelanjaan adalah 1.5 juta ringgit.

Plan bangunan sepertimana yang dilampirkan dibawah.

Segala sumbangan derma untuk pembinaan bangunan Madrasah Tahfiz hendaklah disalurkan menerusi akaun Bank Islam 01078020019548 diatas nama pemegang amanah: Ustaz Mohamad Rozali Jamil (al-hafiz)
Tel: 019-7757446
email: abu.irfan3@yahoo.com.my

Alamat:
71 Kampung Melayu Raya,
85000 Segamat, Johor.

Plan Bangunan:



















Baca Selanjutnya...

Lagi gambar Jamuan Aidil Fitri PAS Johor












Baca Selanjutnya...

Jamuan Hari Raya PAS Johor

Oleh Boyanmen
Labis, PAS Johor telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka di Labis yang turut dibantu oleh tiga lagi kawasan PAS iaitu Segamat dan Sekijang.

Kehadiran dari masyarakat berbilang kaum mengamit suasana Sambutan Hari Raya menjadi begitu meriah.




Kaum ibu sedang menjamu selera



Masyarakat berbilang bangsa mencari lokasi sesuai untuk menatap wajah Tn Guru Hj Abd Hadi

r>

Mesra, dan ramah adalah budaya masyarakat Malaysia


Sebahagian dari suasana yang sempat dirakan oleh lensa sekijang.com


Datuk Tuan Guru Haji Abd Hadi, Presiden PAS didalam ucapan beliau menyatakan bahawa semua Pilihanraya Kecil telah memihak kepada Pakatan Rakyat.

"Kerajaan yang ikhlas tidak perlu takut kepada rakyat" Ujur Tn Guru lagi, beliau melahirkan rasa gembira apabila melihat masyarakat berbilang kaum telah bersama Pakatan Rakyat sejak akhir-akhir ini, dan beliau mahu semua bekerja lebih kuat lagi untuk memastikan Pakaran Rakyat beroleh kemenangan didlam pilihanraya akan datang.







Baca Selanjutnya...

JAMUAN HARI RAYA AIDIL FITRI PAS NEGERI JOHOR


JAMUAN HARI RAYA AIDIL FITRI PAS NEGERI JOHOR

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Dengan segala hormatnya, pihak kami menjemput:

YB/Dato’/Tuan/Puan:…………………………………………………………………………

Hadir ke majlis ini yang akan di adakan pada:

Tarikh : SABTU – 26hb SEPT 2009 Masa : 11 PAGI- 4.00 PTG

Tempat : DI PERKARANGAN PEJ PAS LABIS, TAMAN GUNUNG EMAS, LABIS.

TETAMU KHAS : TG DATO’ SERI HJ. ABD HADI AWANG, PRESIDEN PAS
TURUT MENGHIBUR: SDRA AZHAN







Baca Selanjutnya...

Selamat Eidil Fitri


PAS Kawasan Sekijang mengucapkan Selamat Menyambut Eidil Fitri kepada seluruh umat Islam walau di mana anda berada.

Sesungguhnya kita telah melalui universiti Ramadhan dengan jayanya, maka selayaknya kita menggenakan jubah Eidil Fitri dan beraya dengan penuh rasa gerun kepada pencipta alam, Allah yang Maha Esa.

Kami juga mengharapkan anda semua sentiasa waspada walau dimana anda berada, waspada bukan sahaja sewaktu didalam pemanduan, tetapi juga waspada dengan hasutan halus Iblis yang baru dikeluarkan dari kurungan. Sesungguhnya, sebulan berada di universiti Ramadhan belum cukup untuk mendidik jiwa, namun pengajaran yang diperolehi sungguh amat berguna didalam mengharungi arus dunia global yang dikuasai oleh tangan-tangan kotor yang jauh dari rahmat Allah.

Seluruh Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Sekijang dan ahli-ahlinya mengambil kesempatan ini mengucapkan maaf zahir batin, Selamat Menyambut Eidil Fitri, semoga kita tidak melupakan didikan yang diperolehi sepanjang ramadhan yang lalu.







Baca Selanjutnya...

Bila UMNO dengan UMNO bergaduh...

Oleh: NurIman
Dari blog UMNO yg anti KJ(Khairy Jamaluddin)
(KISAH SEMPENA LAWATAN DSAI KE SEGAMAT)
Bukit Gantang : KJ Separuh UMNO, Separuh PKR?

Kemenangan Khairy Anak Omak dalam pertandingan untuk Ketua Pemuda tidak menguatkan UMNO. Dia tidak ada langsung berusaha untuk menyatupadukan Pergerakan Pemuda UMNO, seperti yang dijanjikan. Anak Omak hanya menguatkan dirinya untuk menjadi kuasa mutlak dalam Pemuda.
Cara Khairy mengkonsolidasi kuasa sedemikian rupa menimbulkan persoalan kepada ramai. Apa sebenarnya motifnya untuk menguatkan diri tatakala Pemuda UMNO perlu disatupadukan kembali melalui cara kerjasama?

Jawapan ini boleh diperolehi dari pandangan ramai yang rata-rata yakin Khairy mempunyai sebelah kaki dalam PKR dan sebelah kaki dalam UMNO. Peranan Khairy dalam UMNO dipercayai hanya untuk merosakkan dari dalam. Ini tidak langsung menghairankan kerana Khairy ramai rakan-rakan sebaya dalam PKR. Dia juga yang menghantar paspot Anwar Ibrahim untuk dia menjalani pembedahan di Munich.

Sebahagian besar peranan Khairy merosakkan UMNO telah dimainkan semasa pentadbniran Abdullah Badawi. Anak Omak berleluasa melakukan kucar kacir dalam pentadbiran kerajaan dan parti. Dia berjaya sekali membangkitkan kebencian orang ramai terhadap kepimpinan UMNO. Tanpa Bapa Mertua sebagai Perdana Menteri, misi Khairy telah berubah tetapi apa pula modus operandi kini?

Satu peristiwa pada hujung minggu baru-baru ini semasa kegiatan Pemuda UMNO Bahagian Sekijang Johor memberi sedikit bayangan kepada persoalan ini.

Ketua Pemuda UMNO Sekijang bernama Annuar Abdul Manaf dan diketahui ramai sebagai budak KJ. Malah semua orang UMNO Sekijang tahu Annuar adalah sebahagian dari kumpulan 304 ia-itu mereka-mereka yang telah memberi undi kepada Khairy di Perhimpunan Agung baru-baru ini.

Pada hujung minggu baru-baru ini, Pemuda UMNO Sekijang telah mengadakan program berbuka puasa dan penyerahan wang zakat di Masjid Jamek Kampung Jawa. Macam disusun, PKR pun sedang mengadakan program perasmian cabang PKR Sekijang yang dihadiri Anwar Ibrahim di sebuah dewan berhampiran.

Habis saja program PKR, Anwar datang untuk sembahyang Terawih di Masjid. Selepas saja sembahyang, budak-budak pemuda UMNO kelihatan berpusu-pusu seronok untuk bersalaman dengan Anwar. Beberapa pemimpin sayap Pemuda UMNO Sekijang turut dilihat bersalaman dengan Anwar.

Gelagat mereka ini tidak disedari akan memalukan UMNO Sekijang. Anwar segera menggunakan peluang ini. Dia memberi kata manis, “Ingat lagi orang UMNO kepada saya."

Peristiwa ini sungguh memeranjatkan dan menimbulkan syak di kalangan orang-orang lama UMNO di Sekijang. Ianya seolah-olah Pemuda UMNO Sekijang mengatur Majlis serentak dengan PKR untuk memberi peluang anggota Pemuda UMNO bertemu mesra dengan Anwar.

Selalunya UMNO tidak akan mengadakan Majlis berdekatan dengan acara parti pembangkang untuk mengelakkan pertembungan. Majlis itu tidak sepatutnya diadakan disitu, terutama sekali apabila mereka mengetahui kehadiran Anwar ke situ. Perkara ini bukan tidak ditegur oleh pemimpin-pemimpin UMNO Sekijang tetap Annuar si Budak KJ tetap berdegil untuk meneruskan juga. Nampak sangat Pemuda UMNO Sekijang yang diterajui budak Khairy sengaja nak membuat majlis itu. Ianya bukan kebetulan.

Bila ditanya, Annuar si Budak KJ memberi alasan rancangan ini telah lama dirancang. Annuar si Budak KJ cuba untuk memberi alasan bahawa Anwar datang hanya untuk sembahyang tarawih dan duduk di saf belakang manakala pemuda Umno kebanyakannya berada di saf depan. Annuar cuba mengatakan dia tidak nampak tetapi anggota Pemuda Umno begitu mesra dengan Anwar dan jelas dilihat orang ramai

Kejadian ini mungkin permulaan satu rancangan senyap-senyap Khairy Anak Omak untuk mem-PKR-kan Pergerakan Pemuda UMNO diperingkat akar umbi.

Khairy pun kelihatan tidak mempunyai sebarang program berkesan untuk UMNO sepanjang hampir enam bulan beliau menerajui Pemuda UMNO. Pergerakan Pemuda kelihatan tidak bertenaga dan begitu lembab dan malap dalam menghadapi asakan tidak henti-henti dari pelbagai sudut dari Pakatan Rakyat.

Besar sekali kemungkinan peristiwa ini adalah usaha secara senyap Khairy untuk majukan setapak lagi rancangan melemahkan UMNO dengan membiarkan jentera sayap Pemuda UMNO menjadi lembab, takut dan lemah terus. “Anak Omak Dalam Belukar” mungkin bertujuan untuk membiasakan Pemuda UMNO dengan PKR bagi memudahkan pengikut-pengikut masuh PKR kelak.

Jika kepimpinan masih tidak mencelekkan mata dan terus bersikap apologetik terhadap Khairy, hala tuju UMNO pasti menuju kehancuran.







Baca Selanjutnya...

Samy Vellu bidas Najib.

Oleh Boyanmen

Sewaktu merasmikan perhimpunan agung MIC ke-63, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan agar tidak popular dikalangan ahli parti sahaja, tetapi tidak popular dikalangan rakyat.

"Saya ingatkan, tidak guna jadi popular di kalangan ahli parti sahaja, tetapi tidak popular di kalangan rakyat" Ujur Datuk Seri Najib.

Namun ingatan tersebut dijawab dengan oleh Samy Vellu:

"Perdana Menteri cakap bila popular di dalam parti sahaja tak mencukupi, perlu popular dikalangan rakyat juga, biar saya cakap ini pula. Kalau popular dalam parti barulah anda boleh bercakap di luar dengan rakyat, kalau tak mereka akan tanya, siapa kamu?" Ujur Samy Vellu

Secara sinis Samy Vellu melemparkan jawapan beliau keatas PM yang merasmikan perhimpunan agung MIC dan memberikan gambaran apa yang sebenarnya berlaku didalam BN yang tidak dapat dilihat oleh masyarakat umum.

"Mereka bukan menyampah dengan saya. Mereka menyampah dengan BN," Ujur Samy Vellu yang kalah di kubu kuat beliau di Parlimen Sungai Siput dalam pilihanraya Umum Mac tahun lalu.

Bidasan-bidasan dari Samy Vellu memberikan isyarat awal kejatuhan BN, dan seluruh anggota PR harus melipat gandakan usaha untuk menangkis segala tipu muslihat BN yang pasti akan dilakukan didalam Pilihanraya akan datang.







Baca Selanjutnya...

BN Cuba Pikat Semula Hati Masyarakat India

Oleh Boyanmen
Rasanya inilah kali pertama pendakwaan keatas penunjuk perasaan haram yang melibatkan orang UMNO dikendalikan dengan cepat.

" Penunjuk perasaan dan kalangan mereka yang bercakap sambil memijak kepala lembu di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam pada 28 Ogos lepas akan didakwa." Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail.

Kelihatan seperti ingin membersihkan najis yang ditaburkan oleh orang-orang UMNO yang mengadakan demonstarasi mengarak kepala lembu dari kecaman masyarakat hindu sedunia.

Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara, pendakwaan dikenakan keatas orang UMNO dalam sesuatu isu yang dimanipulasi oleh mereka. Bukti jelas adalah dari cubaan Hishamuddin yang membela aksi perkauman samseng UMNO tersebut, membuktikan bahawa perbuatan mereka yang berdemonstrasi memijak kepala lembut tersebut mendapat restu dari menteri terbabit.

Pendakwaan yang dinyatakan mungkin terpaksa dilakukan bagi mengambil hati masyarakat Hindu di negara ini lebih-lebih lagi Pilihan Raya Kecil DUN Batang Pinang di Teluk Kemang bakal diadakan tidak lama lagi. UMNO perlu membersihkan najis yang mereka lakukan bagi meraih 16% undi masyarakat India disana.

Dengan pelbagai najis yang dilakukan oleh BN adalah mustahil bagi BN mengekalkan kerusi di DUN Batang Pinang. Jelas taktik kotor memperkudakan agensi kerajaan akan tetap diteruskan dulu, kini dan selamanya akan menyebabkan rakyat bertambah benci kepada BN dan UMNO.







Baca Selanjutnya...

BN gagal memerintah Selangor

Oleh Boyanmen
Sepanjang penguasaan BN di negeri Selangor merupakan detik kegagalan didalam menangani masalah rakyat. Perkara ini terdedah setelah Pakatan Rakyat menguasai negeri tersebut dan terbukti sewaktu pemerintahan BN terdapat banyak kuil-kuil yang didirikan tanpa mengikut garis panduan yang sebenar.

Ini menyebabkan apabila Pakatan Rakyat menguasai negeri tersebut, menjadi masalah untuk memperbaiki semula segala perkara yang ditinggalakn oleh kerajaan BN yang tidak mengikut garis panduan yang sebenar.


"Penduduk seksyen 23 tidak ada masalah dirikan kuil disana, yang bantah adalah UMNO untuk dapatkan simpati daripada orang Islam" Ujur Saudara Mazlan Aliman sewaktu menyampaikan ucapan didalam majlis Iftar Jamie di Pejabat PAS Kawasan Labis 8 September 2009.

Menurut beliau lagi, sepanjang 23 tahun beliau berkecimpung didalam PAS belum pernah jumpa Pilihan Raya Kecil yang kerap seperti sekarang seolah-oleh seperti satu wabak. Meskipun SPR enggan mengistiharkan kekosongan kerusi DUN sebagaimana yang dimaklumkan oleh speaker DUN, Allah lebih berkuasa daripada SPR iaitu dengan cara yang telah ditentukan oleh Allah mengikut perancangan yang Maha Adil.







Baca Selanjutnya...

Mazlan Aliman disaman oleh Felda

Oleh Boyanmen

Saudara Mazlan Aliman AJK Kerja PAS Pusat telah mendapat wrid saman oleh Felda. Didalam wrid saman tersebut terdapat 28 pertuduhan yang telah ditujukan kepada beliau.

"Saya rela dipenjara jika saya kalah kerana saya yakin perjuangan ini adalah semata-mata untuk rakyat" Ujur beliau didalam satu majlis Iftar Jamie di Pejabat PAS Kawasan Labis malam tadi.


Menurut peguam yang mewakili saudara Mazlan, sepanjang beliau menjadi peguam belum pernah jumpa pertuduhan yang sebanyak yang dikenakan kepada saudara Mazlan Aliman.

Tujuan Felda mengemukakan wrid saman adalah untuk melemahkan perjuangan beliau yang mendedahkan sikap sebenar Felda kepada rakyat. Namun apa yang dilakukan oleh Felda itu tidak akan mematahkan semangat beliau untuk terus mendedahkan kecurangan, dan penipuan Felda terhadap peneroka.







Baca Selanjutnya...

TVPAS/تۏڤاس

Selamat Menonton Siaran PAS WebTV dari sekijang.com
SIARAN MEDIA EHSAN DARI PAS WEBTV

Khidmat Masyarakat/خدمت مشاركت

Khidmat Masyarakat PAS Kawasan Sekijang sedia menerima aduan, masalah, laporan, untuk diambil tindakan sewajarnya.

Segala maklumat hendaklah diemailkan kepada:

aduan[at]sekijang.com

Atau dengan menghantar SMS ke 32088 dengan tidak lebih daripada 150 huruf, cara menghantar SMS adalah :

TXT ADUAN aduan anda

Setelah selesai hantarkan aduan anda ke 32088

Setiap SMS akan di caj RM0.50

Blog Widget by LinkWithin
Sekijang.com © 2009. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87